Friday, 8 September 2017

1st Operation on the 2nd day of life

Assalamualaikum. Haa aku ni sejenis selalu lupa nak update blog. Setahun sekali lah hapdet. Tapi tak pe,sikit - sikit pon jadi lah asal dapat jadi rujukan Zayn Yusoff satu hari nanti. Walaupun dah setahun yang lalu kejadian ni, aku tetap ingat setiap detik dan waktu yang penuh berliku. Tapi, eh dah setahun rupanye. Cepat betul masa berlalu.

Aku ingat lagi hari tu, 31 Ogos 2016, mungkin orang lain tengah busy berarak hari merdeka. Aku berarak mendung kelabu. Pagi tu doktor nak operate Yusoff. Oh lupe nak bagitau, Yusoff dilahirkan tanpa anus. Jadi doktor decide untuk keluarkan usus kat perut sementara nak buat anus pada bulan Disember. Memang sedih nak terima kenyataan yang anak kite kene lalui macam2. Tapi alhamdulillah aku ade mama, and suami yang sangat support and positif. Suami aku pon tenang je. Mama layan aku nangis. Heheheheh. Mereka sentiasa ada dengan aku diwaktu sukar macam ni.

Pagi tu suami sampai je terus ke NICU, tengok baby. Keadaan dalam NICU tu gelap sebab diorang memang taknak kacau baby tido. Jadi aku pon nampak samar-samar je lah anak aku tu. Lagi pon tiub oksigen tutup muka die. Doktor cakap " kejap lagi kite nak gerak g OT saya panggil ayah ".

Sementara tunggu doktor panggil, kami duduk luar NICU, teman mama sebab ibu bapa je boleh masuk. Tiba - tiba ada doktor lalu dengan lengkap pakai baju OT sambil bawa incubator baby. Aku macam " Eh baby kite ke? " Dalam hati, bukan kot sebab putih tu. Hoh la kite ni gelap takkan anak kite putih melepak. Mase tu kan mane tau. Laki aku pon tanye "B/O Nur Faraheen ke?" " Ya encik. Jom pergi OT. " Doktor tu tolak bukan main laju lagi. Jadi Haziq, Ira, Mama berlari nak tengok muka baby. Ye lah diorang tak dapat masuk NICU. Aku pon nak tengok sangat tapi tak mampu sebab aku duduk atas wheelchair. Mama datang bagitahu, putih la dia. Dalam hati, syukur alhamdulillah.

Operation tu lebih kurang 1 jam je. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya walaupun doktor bagitahu siap-siap risiko yang mungkin berlaku. Takpe lah aku berserah je padaNya. Mase tu anak aku je yang operate. Sebab hari cuti kan. So emergency operation tak banyak.

Dah selesai semuanya, baby masuk balik wad. Tapi anak aku kene puasa lagi. Mase ni lah tak tahan tengok. Mulut dia kejap kiri kejap kanan cari nenen. Baby. Allah bagi kelebihannya boleh tahu kat mana susu dia. Allahhhhhhh. Mase ni memang tak tahan sangat. Apa kan daya, aku cuma boleh tengok je.

Alhamdulillah, hari esoknya kot. Ke lusa tu tak ingat, doktor start bagi susu sikit2. Mula-mula 5mL, lepas tu naik naik sampai lah 60ml setiap 3 jam. Stoma yang doktor buat berfungsi dengan elok. Alhamdulillah.

Errrmmm.. rasenye entry ni sampai sini je la dulu kot. Nanti aku sambung lagi. Banyak lagi episod - episod sedih membesarkan anak syurga ni. Assalamualaikum.