Wednesday, 13 December 2017

Zayn Yusoff dan IJN Part 3

Assalamualaikummm,
Gini la mak mak. Free untuk menulis masa malam je. Lepas Yusoff tido. Selalunya mama tido skali dengan die. Tu yang tulis blog kelautan Hindi. Kah kah! Mama sambung cite IJN ye.

Mama dah ade 3 pengalaman operation Yusoff, buat stoma, buat lubang bontot dan tutup stoma. Memang semua operation Yusoff dr akan booking ICU, standby untuk Yusoff pnye post op. Operation yang buat lubang bontot tu makan masa lbih kurang 4 jam, mama yang menanti penuh debaran lega sebab tak perlu masuk ICU, oksigen 100%. Jadi, mama pon konfiden Yusoff boleh hadapi tube test tu dengan mudah.

Prosedur tu cuma masukkan wayar dr pangkal peha ke jantung je. Amik masa lrbih kurang 2 jam. Tapi tunggu punya tunggu macam lame je. Mama tak sedap hati. Mama masuk tanya. Sekali die kate anak mama masuk ICU. Whaaaatttttt?? Sebab ape? Mama ni dah menggigil dah tunggu dr. Resah, gelisah, darah turun naik tunggu dr.

Petang tu mama jumpe dr. Mase tu dapat masuk tengok Yusoff yang dah di intubate. Ya Allah, tak pernah lagi tengok Yusoff selemah itu. Kesian sangat. Muke pucat je. Hanya berselimut, wayar penuh kat badan.

Dr nampak muke mama terus tanya

" Mak Zayn Yusoff ke ni? Setuju tak kalau kite buat operation esok? "

" Operation ape? "

" VSD closure "

" Hah? Saya baru masuk sini, tak tahu apa cerita pon anak saya masuk sini, tibe2 u nak suruh operate esok? I tak setuju! "

Pakar tak pakar mama tak kire dah. Nak buat ape2 cite elok2 la dulu. Terangkan apa yg terjadi. Pastu baru die bagitau yang Yusoff ade bleeding masa buat peosedur tu. Mama sedih tak tau nak cakap. Sebab mama tau yg Yusoff sangat kuat! Tapi macam mana boleh bleeding? Hanya Allah yang tahu.

Kami cuma dibenarkan melawat anak pukul 12.30pm - 1.30pm, 6.00pm-8.00pm. Tapi tengok lah, kalau ade emergency, tak dibenarkan melawat. Kadang tu sampai habis waktu takleh gi tengok.

Malam tu mama kene tido Bilik Ibu. Kene standby kat sane kalau ade urgent apa2. Mase tu puasa. Jadi kami sahur sama2, buka sama2. Kakak2 tu semuanya diuji dengan lain lain masalah. Mereka lagi teruk tapi mereka kuat sangat. Happy je diorang walau diuji.

Mama bincang dengan dr, mintak lepas raya. Mama tak ready untuk operation major. Mama punya mindset untuk tube test sahaja. Mama kene tenangkan fikiran, kene ready utk fizikal dan mental. Akhirnya dr setuju untuk label kes urgent lepas raya, sebab Yusoff punye tekanan paru2masih ok kalau nak buat operation. Tak bole tunggu, takut tekanan die makin tinggi. Nanti ape pon tak bole buat.

Yusoff sangat trauma bile dah naik wad, and keluar wad. Memang 2 hari die tak senyum. Kesian tengok die. Die tengok sape pon nangis.

Yusoff dapat keluar wad, tapi Pericardial Effusion masih ada. Dalam 4mm macam tu la. Dr Marhisham kate, takpe teruskan ubat je. Air tu memang slow2 akan keluar nanti.

Tu je nak cite utk Part 3 ni. Nanti part 4 sambung baca lagi tau. Mama nak tido. Esok bangun awal2, nak masak utk anak mama sebelum g keje. Dah la td bangun lambat, tak sempat masak pon. Beli je.




Tuesday, 12 December 2017

Majlis Kasih Mesra 6 Bunga Bunga Syurga

Assalamualaikum.

Dari tahun lepas lagi teringin sangat nak join, tapi tahun lepas Yusoff kecik sangat so tak join. Ni dah besar skit so bawak die gi kenal kenal orang ramai. Nak biasakan die bersosial.

Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak join MKM edisi ke 6 kat Gambang Resort City, Pahang. Mama mase tu tak kire dah. Papa kate die takleh gi, mama usaha jugak cari partner utk pegi. Akhirnya mama dapat ajak Mama Ira pegi sane.

Tersangat lah eksaited. Asyik menghitung hari je. Sibuk dengan jadi emcee haritu lupe kejap pasal gambang. Tapi habis jadi emcee terus tak saba nak g.

Kami tolak pagi tu dalam kul 7.45am, berhenti beli sarapan la, isi minyak dulu la. Gedebak gedebuk pukul 8.15am gak baru masuk highway. Dah sampai Maran, Mama  Ira  pulak sakit perut. Jalan lagi sikit, jumpe RnR Gambang, bagi Yusoff mandi dulu hihihi. Siap2 pakai baju bari sambung ke Gambang Resort tu.

Masa nak masuk tu hati berdebar debar. Happy sangat bile sampai. Seronok sangat jumpe kawan2 Yusoff. Semua comel2. Bertemakan purple. MasyaAllah, mmg mcm kat syurga la. Pakai baju cantik2 semua. Tak dapat nak citer macam mana seronoknye.

Mama memang salute kepada yang menjayakan program sebesar ini. Allah, semoga kita bersatu jugak di syurga satu hari nanti.

Mama pakaikan Yusoff kemeja putih jenama Remax, kaler putih, sluar pendek light purple dari Cotton On Kids (sebenarnye girl punya) dengan suspender. Membuatkan ramai orang berkenan tengok die. Dah la botak. Nampak comel sangat anak syurga mama ni. Habis semua org die hai. Hai je boleh, jgn amik. Nanti sy jerit kuat2.


Ni mama Qaira Medina dari Ipoh. Yang die pegang tu bukan qaira, qaira tido. Tu Zeeshan anak Meyasarah. 


Awek ni name Syifa. Die geram je tengok Yusoff. Nak g cium. Hahahaha

 Ni Kak Zuhasni. Anak die name Faiha. Faiha yang comel ni tido pulak time amik gambo.
Awek yang macam mak datin ni name die Dahlia. Bukan main mak datin lagi siap bawak handbag.Yusoff pulak tolong pegang. 

Budak hensem melangkah masuk ke dewan dgn penuh debaran.

InsyaAllah tahun depan kite join lagi MKM eh sayang.



Thursday, 7 December 2017

Zayn Yusoff dan IJN Part 2

Sambung tulis blog sementara tunggu appointment Yusoff kat HUKM. Papa tolak Yusoff dalam stroller sebab die dah ngantuk. Mama curi masa.

Seperti yang mama bagitau sebelom ni Yusoff seorang yang takde murmur sound, takde biru, oksigen 100% setiap kali cek. Kami sebenarnye dinasihatkan untuk amik 2nd opinion kat HKL / Gleneagles. Dah pernah call Gleneagles, untuk 1st checkup dalam RM500. Sebab buat echo kan. Tapi kami tak pergi sebab bile checkup dekat HUKM dr kate tak nampak pon lubang kat mane. Kemungkinan die dah semakin kecik.

Hati mama berbunga bunga memanjat rasa syukur. Dr mula menjarakkan appointment, so next appointment 2 bulan kemudian. Walaupun dr cakap dengan mama, jalannya kene operate jugak untuk tutup, tapi hari2 mama berdoa agar lubang tu tertutup sendiri. Mama ade jugak bawak Yusoff pergi perubatan Islam kat Gombak. Mama yakin dengan kata2 dr sebab mama tengok die kuat menyusu, tak berpeluh, tak penat seperti ape yang dr bagitau.

Next appointment 25/5/17, jumpe dengan pakar, Dr Jasvinder. Mama tak sedap hati. Dr bagitau saiz VSD Yusoff lebih kurang 9.6mm. SANGAT BESAR! Ye lah jantung kite lebih kurang sebesar penumbuk je. Yusoff besar mane la sangat. Dr terus dapatkan appointment untuk IJN URGENT!

Mama kecewa sangat2. Sebab mama tak ragu ragu ulasan dr yang sebelum ni buat echo. Mama percaya cakap die. Mama ingat mama betul, rupenye tindakan mama salah! Tapi apa nak buat, mama dengan berat hati melangkah masuk ke IJN pada 2/6/17. Mama dah ubah mind set siap2, Yusoff memang kene operate jantung. Terimalah seadanya. Redha.

1st dr yang buat echo Yusoff, ialah dr foreigner. Dr Abderrahman. Pakar die Dr Marhisham. Dr Marhisham sangat bagus, friendly dengan parents and patients. So lepas buat echo dr decide untuk buat Tube test untuk tengok tekanan paru paru sesuai ke tak untuk buat operate. Yusoff ade pulmonary hypertension mild, sebab tu die kene buat tube test tu.

Sampai sini dulu.. nanti mama sambung part 3 tu. Episod duka mama bermula. Mama nak tido dulu.Yusoff da lame lena. BTW, kalau nak tengok Yusoff bole follow kat ig @zaynyusoff. Tengok la keletah die yg buat org geram slalu. Pergi keje je rinduuuuu.

Tuesday, 5 December 2017

Zayn Yusoff dan IJN

Assalamualaikummm...

Entry kali ni mama nak share pasal Yusoff & kisah IJN nye. Jangan ade yang menangis pulak nanti. Mama ni takyah cite lah dah puas menangis. Ni adalah masa untuk mama dan papa bergembira. Jangan cemburukan kebahagiaan kami, sebab kamu tak rasa kedukaan kami. Mama cuma nak share supaya 1 hari nanti Yusoff dapat baca apa kisah die mase kecik. Setahun yang penuh duka lara. Tapi alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya dan ramai yang memberi sokongan padu. 

Ok mula mula, masa dalam NICU mama cuma diberitahu jantung Yusoff bengkak, tak pasti sebab apa. Mase tu die punya oksigen pon memang tak ok. Dalam 80-90 je. Mase die baru lahir die biru, oksigen 30-40 je. Lepas oksigen die 80-90 dah takde nampak biru. Murmur sound pon takde. Berat die naik dari 2.69 jadi 3.0kg. 

Bile dah keluar wad, lepas beberapa minggu Yusoff ade checkup jantung kat HUKM. Prof Bilkis buat echo. Dr terangkan yang Yusoff ade lubang VSD sebesar 9mm dan PDA. PDA ni mama memang tau tak tutup lagi sejak dari NICU. Mama acah acah tenang. Mama buat rilek. Mama taknak fikir masalah. Dr cakap lubang die agak besar, dah banyak darah beroksigen dan tak beroksigen bercampur. Kemungkinan nanti die akan kekurangan oksigen. 

Mama pandang muka Yusoff sambil nangis. Mama boleh terima kalau dr kate nak operate bontot, operate perut. Tapi mama tak sanggup nak hadap anak mama nak kene operate jantung. Start haritu hari hari adalah menakutkan. Dr bagitau Yusoff kene settlekan masalah bontot tu dulu. Tak boleh buat operation kalau pakai stoma lagi. So dr start dengan ubat Frusemide & Spirolactone ( tak igt la ejaan die macam mane ) .

Dr suruh bagi 3x sehari. Hari ke 2 makan, badan Yusoff susut terus. Ah memang taklah mama nak bagi! Nak naikkan berat die bukan senang. Tibe2 turun pergggghhhhhh.. 

Next appointment mama cakap dr tak bagi, dr marah. Ye mama paham nak kawal air dalam badan. Tapi mama tak sanggup tengok anak mama kurus kering. Pegang rasa tulang je. Dan rase tulang tu bukan la untuk sehari dua, sehingga die nak kene operate jantung berat die cuma 4.9kg saje. Kecik kan? Dah 9 bulan berat masih macam tu. Naik sikit sangat2. Kalau naik 100g tu dah rasa happy sangat la. 

Setiap 2 bulan tu memang ade je appointment Jantung untuk Yusoff kat HUKM, mase nak operate bukak saluran najis ke nak buat operate tutup stoma memang pakar jantung akan cek keadaan die. Dr memang agak pelik untuk kes die sebab die memang takde tunjukkan kaler biru tu walaupun saiz lubang die besar. Dr ade dengar murmur sound tu tapi slow je bunyi die. Yusoff minum susu lebih kurang 5-7 oz mase tu tanpa berhenti penat ataupun berpeluh. Tu pon dr macam pelik, tapi kagum. Satu tips yang korang boleh cuba kalau anak ade sakit jantung, KERAP TUMMY TIME. Tummy time tu mcm mana? Baby duduk meniarap atas kite. Yusoff memang tido meniarap atas dada. Dulu die tak merangkak ke ape macam skang. So tempat die memang atas dada je. Kalau pegi keje je lah tak duk atas dada. Macam mana boleh dapat idea ni?Mama pernah baca 1 kisah dekat tempat orang berkulit hitam (negro), ade sorang baby dilahirkan pra matang. Mereka takde teknologi incubator ke ape2 macam kite. So apa die buat?Die balut anak die dekat dada mak tanpa baju. Maksudnya skin to skin. Memang baby tu survive ok. 

Mama mempunyai seorang suami yang sangat memahami. Mama bersyukur sangat. Papa tak pernah paksa suruh masak ke ape. Siang die jaga anak. Malam die keje kat Hotel Sheraton, keje hari minggu buat PA system, ade show hujung minggu. Mama memang jarang sangat masak mase tu. Balik mama cuma tumpu kat Yusoff je. Tengok tv pon jarang. Kemas rumah pon jarang. Mama tak peduli org nak cakap ape. Mama tau ape yang mama buat. 

Bersambung.. Mama nak g balik rumah. Petang ni nak g checkup Yusoff. 

- Aeen Sahli -

Monday, 4 December 2017

Syukuri nikmat Allah beri

Assalamualaikum kawan kawan..
Buat ape tuu.. Bz la skang.. Tak de masa nak tulis blog.. Tapi nak tulis jugak. Tu yang jauh bebenor jarak 1 entry ke entry yang lain. Seriously, bile keje memang tak ingat pasal.blog. Balik rumah kejarkan si kecik tu. Die nak makan, mandi, berak. Tu blom masuk die punye sel sel otak sedang berhubung lagi. Boleh pening mama tau.

Tu bukan lah yang mama nak cite sebenarnye. Mase dulu, mama tertanya tanya apekah hikmah yang Allah nak bagi disebalik pemberianNya yang istimewa ini. Memang mama tak pernah pertikai atau bersedih tapi tertanya apekah hikmah yang Allah nak tunjuk. Sekarang baru lah mama nampak. Memang terasa dekat dengan Allah, sebab mama lebih banyak dan reti bersyukur sekecil kecil perkara.

Bila mana doktor cakap yang anak mama ni takde lubang najis, mama baru terlintas. Nak berak macam mana?Ko paham tak perasaan tak bole berak macam mane? Boleh ke ko tahan perasaan nak kentut?Die nak kentut ikut mana?Tapi lepas operation, dah berak kat perut, mama paham, syukur lah kite boleh berak dengan semulajadi. Ko sakit perut berak banyak kali pon komplen kan?

Day 2 of life, Yusoff kene tebuk kat perut untuk keluar kan usus yang di panggil stoma. Memang bersyukur sangat2 sebab since operation, sampai close stoma, stoma die sihat, takde masalah, berfungsi dengan baik. Allah memang memudahkan urusan kami sangat2. Sebelum operation, dr ade bagitau, fungsi usus die selepas operation taktau macam mana. Ade orang ok je, ade org mudah sembelit, ade org cirit, so perkembangan die kite kene tengok lah lepas operate nanti macam mane. Ade orang, dah lepas operate, kene operate balik buat stoma baru. Macam macam lah.

Bila dah buat operation tutup stoma kat perut tibalah masa yang ditunggu tunggu iaitu tunggu najis keluar.Mesej tanye orang orang dalam group yang ade masalah yang sama, diorang kate dalam 24jam najis akan keluar. Mungkin kentut dulu. Siap letak telinga kat bontot die tau. Pastu pegang je bontot, rase kot2 ade kentut. Bunyi memang takde. Tapi bile dr datang cek, dr kate ok sebab perut die tak kembung. Jam ber ganti jam, asik cek pampers je keje mama. Dah lepas 24 jam, masih menghampakan. Frust die macam org dapat 5B UPSR. Urut perut, baca macam2. Finally. Petang tu dapat la tgk najis dia. Mase tu dapat tengok najis ya Allah ko tak tau ape perasaan die kan. Syukur yakmatttttttttt!“ Yeeeaaa taik die dah keluarrrrr !!! ” Kalau orang lain mungkin pelik, tapi bagi kami bagai dapat satu rahmat.

Mungkin orang tak dapat bayang sebab bagi orang lain tgk najis baby tu bende biasa. Ade org tengok najis baby sampai nak muntah tapi lain perasaan kami tengok mase tu. Alhamdulillah Yusoff takde masalah untuk berak skang. Keje nye memang berak je. Sehari 2-3kali berak. Hihihi. Tak kisah la asal awak sihat je.

Tu baru bab berak tau. Nanti mama kongsikan lagi yang bab yang lain. Harini dah bersyukur belum?Kalau belum, elok lah ucap sekarang. Bila kite bersyukur, kita akan dapat lebih lagi. Lebih ape? Lebih bahagia.... Assalamualaikum

-Aeen Sahli-