Wednesday, 13 December 2017

Zayn Yusoff dan IJN Part 3

Assalamualaikummm,
Gini la mak mak. Free untuk menulis masa malam je. Lepas Yusoff tido. Selalunya mama tido skali dengan die. Tu yang tulis blog kelautan Hindi. Kah kah! Mama sambung cite IJN ye.

Mama dah ade 3 pengalaman operation Yusoff, buat stoma, buat lubang bontot dan tutup stoma. Memang semua operation Yusoff dr akan booking ICU, standby untuk Yusoff pnye post op. Operation yang buat lubang bontot tu makan masa lbih kurang 4 jam, mama yang menanti penuh debaran lega sebab tak perlu masuk ICU, oksigen 100%. Jadi, mama pon konfiden Yusoff boleh hadapi tube test tu dengan mudah.

Prosedur tu cuma masukkan wayar dr pangkal peha ke jantung je. Amik masa lrbih kurang 2 jam. Tapi tunggu punya tunggu macam lame je. Mama tak sedap hati. Mama masuk tanya. Sekali die kate anak mama masuk ICU. Whaaaatttttt?? Sebab ape? Mama ni dah menggigil dah tunggu dr. Resah, gelisah, darah turun naik tunggu dr.

Petang tu mama jumpe dr. Mase tu dapat masuk tengok Yusoff yang dah di intubate. Ya Allah, tak pernah lagi tengok Yusoff selemah itu. Kesian sangat. Muke pucat je. Hanya berselimut, wayar penuh kat badan.

Dr nampak muke mama terus tanya

" Mak Zayn Yusoff ke ni? Setuju tak kalau kite buat operation esok? "

" Operation ape? "

" VSD closure "

" Hah? Saya baru masuk sini, tak tahu apa cerita pon anak saya masuk sini, tibe2 u nak suruh operate esok? I tak setuju! "

Pakar tak pakar mama tak kire dah. Nak buat ape2 cite elok2 la dulu. Terangkan apa yg terjadi. Pastu baru die bagitau yang Yusoff ade bleeding masa buat peosedur tu. Mama sedih tak tau nak cakap. Sebab mama tau yg Yusoff sangat kuat! Tapi macam mana boleh bleeding? Hanya Allah yang tahu.

Kami cuma dibenarkan melawat anak pukul 12.30pm - 1.30pm, 6.00pm-8.00pm. Tapi tengok lah, kalau ade emergency, tak dibenarkan melawat. Kadang tu sampai habis waktu takleh gi tengok.

Malam tu mama kene tido Bilik Ibu. Kene standby kat sane kalau ade urgent apa2. Mase tu puasa. Jadi kami sahur sama2, buka sama2. Kakak2 tu semuanya diuji dengan lain lain masalah. Mereka lagi teruk tapi mereka kuat sangat. Happy je diorang walau diuji.

Mama bincang dengan dr, mintak lepas raya. Mama tak ready untuk operation major. Mama punya mindset untuk tube test sahaja. Mama kene tenangkan fikiran, kene ready utk fizikal dan mental. Akhirnya dr setuju untuk label kes urgent lepas raya, sebab Yusoff punye tekanan paru2masih ok kalau nak buat operation. Tak bole tunggu, takut tekanan die makin tinggi. Nanti ape pon tak bole buat.

Yusoff sangat trauma bile dah naik wad, and keluar wad. Memang 2 hari die tak senyum. Kesian tengok die. Die tengok sape pon nangis.

Yusoff dapat keluar wad, tapi Pericardial Effusion masih ada. Dalam 4mm macam tu la. Dr Marhisham kate, takpe teruskan ubat je. Air tu memang slow2 akan keluar nanti.

Tu je nak cite utk Part 3 ni. Nanti part 4 sambung baca lagi tau. Mama nak tido. Esok bangun awal2, nak masak utk anak mama sebelum g keje. Dah la td bangun lambat, tak sempat masak pon. Beli je.




No comments:

Post a Comment