Assalamualaikum semua... Mama ni cita cita tinggi, iaitu dapat menulis blog setiap hari, setiap waktu. Tapi cita cita mama selalu kelaut. Hahahahhaha. Eh, dah tak lama nak puasa kan? Bila puasa datang, mama teringat kisah yang berlaku pada puasa 2017. Hmmmm.. Rase macam mimpi ngeri. Kadang teringat pon boleh nangis. Mama memang jarang cerita sangat kat orang masalah mama, sbb bile kite bercerita kite akan sentiasa teringat. Mama ni kalau ada kuasa pemadam memori macam Doraemon mama dah buat dah supaya mama tak ingat ape yang terjadi 2017. Perit, pedih. Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya untuk mama dan papa.
Ok berbalik kepada cerita sebenar, kite masuk part Major Operation VSD Closure Zayn Yusoff.
Mama memang dah mintak siap-siap dengan doktor nak lepas raya. Ape nak jadi pon lepas raya. Sebab mama dah beli tiket, Mommy, Tokma, Tok Abah semua dah ready for raya sebab masa tu tinggal bape hari je nak raya. Mama dah cakap dengan doktor biar saya betul betul ready hati dan perasaan, sebelum Yusoff operate. Doktor setuju. Ko tau tak ape perasaan hantar anak operation ni? Rasenye macam hantar anak sebelah kubur, dah gali siap-siap. Mama ni nampak je gangster, kakak kawasan tapi mama memang tak mampu nak hantar Yusoff masuk dlm Dewan Bedah. Memang semuanya papa yang hantar. Kalau mama yang hantar takut mama pulak yang sesak nafas.
Setiap malam mama menangis dalam solat, mintak kekuatan dari Allah. Banyak-banyak benda di dunia ni, ini lah waktu yang paling ter paling sukar bagi mama. Walaupun dalam hati mama kata Yusoff akan sihat tapi mama tak mampu sembunyikan kerisauan mama ni. Tiba- tiba IJN call, nak suruh Yusoff admit 8 Julai 2017, dan operate 10 Julai 2017. Bila dah dapat call, mama memang dah mentally prepared untuk operation. Mama terus cakap ok. Mama selalu bagitahu Yusoff yang die kene kuat, die nak kene operate. Kali ni Yusoff lebih tenang.
Mase masuk wad tu, Yusoff dah pandai kenal orang. Orang buat ape pon kat die kene marah. Kalau dulu mase kat HUKM, nurse puji melambung sebab tak pernah dengar Yusoff nangis. Tapi bile kat IJN, sebaliknya pulak. Memang kerjanye menangis saje.
Dah pasang line kat tangan malam tu, Yusoff kene start puasa jam 5 am, sebab dijangka operation jam 10 am. Pagi tu dah mandi siap-siap dengan anti bakteria ape tah name sabun ni. Tak ingat. Botol kaler purple gitu. Sabun ni memang kene guna untuk elakkan jangkitan kuman semasa pembedahan.
Pembedahan kali ni doktor bagi masa lebih kurang 4 jam. Bagi mereka, VSD ni kes simple je. Kalau kite memang dah teruk sangat kan. Tapi tu lah kan. Allah bagi diorang ni kelebihan yang orang lain takde. Doktor - doktor kat IJN sememangnya pakar. Dr Marhisham, Dr Siva, Miss Hew, Mereka semua Malaysian ok! Sebab tu Tun Mahathir dulu operate kat IJN je. Beliau memang mempercayai doktor kita. Mama takde ape nak bagi kat diorang. Mama cuma doakan urusan mereka dipermudahkan dunia akhirat.
Tengahari lebih kurang pukul 12 jugak Operation Theater(OT) call suruh turun. Mama buat buat kuat, Mase ni Tokma, Tokmi semua standby tunggu, Papa pergi hantar Yusoff, mama dah menangis kat luar. 4 jam maknenye lebih kurang pukul 4 la baru siap. Tunggu kat luar tu memang perit weh. 4 jam tu rase lame je. Mama, tokma, tokmi buat solat hajat, baca yassin supaya mudah urusan doktor nak buat semuanya. Bila nurse call suruh masuk untuk jumpa doktor tu mama dah lega jugak sikit. Lame jugak mama dan papa tunggu kat bilik menunggu tu. Cari cari Yusoff dalam PICU , tak kenal yang mana 1. sebab semua pakai nasal prong. Tapi nampak dari jauh ade 1 baby diorang baru setting wayar kat katil. Yusoff agaknye.
Dapat tengok Yusoff masa tu hati mama tenang, walaupun anak mama penuh wayar. Mama taknak menangis depan Yusoff. Walaupun die tak sedar tapi mama tau die tau sape yang datang. Hati siapa yang tak luluh tengok anak kene cucuk sane sini. Dekat dada die ade wayar pacemaker, air dari paru-paru dan air dari jantung. Ade 3 tempat yang masih lagi berbekas sampai sekarang.
Hari pertama Yusoff memang kurang stabil, mama faham. Yelah bukan senang badan die nak sesuaikan dengan keadaan jantung baru. Selama ni jantung die pam kuat sebab ada lubang. Sekarang lubang dah tutup, jantung die pam kuat jugak. So kite bagi die masa, biar die belajar sendiri. Mama tau Yusoff anak yang kuat. Hari ke 4 kalau tak silap, die dah kene naik HDU. Allahhhh. Rindu nye kat anak mama sorang ni. Ni lah Allah bagi keistimewaan diorang. Allah tarik nikmat sakit die tu. Bukak mata senyum, main tangan sendiri. Babai babai. Ape lagi nikmat yang kau dustakan wahai manusia?
Sampai sini dulu cerita mama. Kejap eh. Petang nanti sambung lagi. Banyak lagi yang mama nak cerita sebenarnya. Tapi nak balik rumah jap. Nak suap Zayn Yusoff makan. Harap-harap next post bukan lah 3 bulan lagi. HHAhahhahahahha...
No comments:
Post a Comment